Tuesday 17 May 2016

Pengalaman menjadi Sukarelawan


Rumah Panjang Kaum Iban di Sarawak

(Kampung Sebuyau Ensengei)

Tujuan aktiviti adalah untuk menziarah penduduk rumah panjang dan menyambut pasca Gawai bersama mereka. Rumah panjang ini merupakan salah sebuah rumah panjang yang ada di Sarawak. Kami di sambut dengan meriah.. Penduduk kampung sangat mesra dan baik hati.. Kami telah bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing. Kami bermalam selama 3 hari 2 malam..
Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti sukaneka, gotong-royong dan perkongsian ilmu serta pengalaman kami sebagai pelajar Uni kepada penduduk. 
Tak rugi sertai sukarelawan ni sebab banyak benda baru yang aku perolehi, contohnya dapat mengenali budaya baru. 

Wednesday 30 March 2016

Masih sebagai pelajar Uni





          Salah satu tugasan yang perlu di siapkan bagi Projek Tahun Akhir (PTA)

Kerja yang sepatutnya habis dalam masa 3 hari, tapi aku ambil masa selama seminggu untuk siapkan kerja ni.. Biasalah, aku ni jenis yang suka buat sikit-sikit... Macam peribahasa dulu-dulu, sikit-sikit lama-lama siap la... hihihi.. tu sebenarnya peribahasa yang aku cipta sendiri untuk buat diri aku tidak terlalu tertekan dengan tugasan yang diberikan. Jumlah responden yang perlu di masukkan adalah seramai 120 orang.. Aku bersyukur sebab dah hampir 70% dah siap..