Tuesday 17 May 2016

Pengalaman menjadi Sukarelawan


Rumah Panjang Kaum Iban di Sarawak

(Kampung Sebuyau Ensengei)

Tujuan aktiviti adalah untuk menziarah penduduk rumah panjang dan menyambut pasca Gawai bersama mereka. Rumah panjang ini merupakan salah sebuah rumah panjang yang ada di Sarawak. Kami di sambut dengan meriah.. Penduduk kampung sangat mesra dan baik hati.. Kami telah bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing. Kami bermalam selama 3 hari 2 malam..
Pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti sukaneka, gotong-royong dan perkongsian ilmu serta pengalaman kami sebagai pelajar Uni kepada penduduk. 
Tak rugi sertai sukarelawan ni sebab banyak benda baru yang aku perolehi, contohnya dapat mengenali budaya baru.